Langkau ke kandungan utama

PKPB

Tak sangka dah 3 tahun tak menjejakkan kaki secara digital kat blog ni, hahaa. Tahun ni 2020, sebelum-sebelum ni, masa kecik-kecik dulu tahun 2020 ni kita kenali sebagai sebuah tahun Malaysia Moden, kete2 semua terbang, tak pakai tayar dah. Tapi selepas ni, mungkin kita kenali tahun ni sebagai tahun korona, seluruh warga dunia berkurung nak elak daripada jangkitan virus.

Tahun ni jugak laaa aku rasa sedikit kecewa, orang yg aku berkenan dah selamat menjadi milik org. Memang dah takda jodoh, bila fikir balik, sebelum2 ni rajin jugak aku dok contact si dia, start daripada dia dok belajar lagi sehingga dia bertukar2 kerja. Tapi sejak dia dah nak bertunang, aku terus stop contact dia, aku tak nak jadi fitnah yang boleh memburukkan nama dia, dengan sekelip mata aku kehilangan dia, perubahan itu terlalu cepat. Dia wanita yang baik, hanya lelaki yang terbaik sesuai untuk dia, insyaallah susunan Allah yang terbaik. 

Kawan aku kata aku lambat sangat, tak nyatakan hasrat aku kat dia awal2, ye lah, aku ni bukanlah artis, dah lah gemuk, muka lak tak hensem, duit pun tak dak, aku takut dia tak dapat menerima dan menjauh daripada aku kalau aku bagitau isi hati aku kat dia. Tapi ternyata dia memang dah jauh daripada aku sekarang, hahaaa. 

Sebab tu laa aku kecewa, kecewa dengan kebodohan aku. Apa yang membuat aku lebih sedih, bila aku kenangkan balik, sebelum2 ni kami berkongsi cerita sedih dan seronok sama2, aku kongsi cerita aku, dia kongsi cerita dia, tapi selepas ni dia dah ada orang lain untuk dia berkongsi cerita dan hidup dia, yang pasti orang itu bukanlah aku. Aku dan dia tiada apa2 hanyalah kawan biasa, hanya junior dan senior waktu di universiti dulu, cuma aku sahaja yang ada simpan perasaan padanya secara diam2 dan aku hanya contact dia melalui whatssapp dan telefon sahaja, jumpa pun hanya sekali, waktu dia konvo, tak lebih daripada itu.

Biarlah cerita duka ni aku kurung kat sini daripada dok menyelebungi hati aku di dunia nyata. Semoga dia atau sesiapa tak bacalah apa yang aku tulis panjang2 ni, luahan isi hati aku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dia yang Dulu...

Cerita pendek yang aku nukilkan, menggunakan bahasa yang tunggang-langgang. Gambo pun aku yang designkan, hasil gabungan gambo-gambo yang telah di copy daripada Mr.Google. Nampak sangat tangan tak berseni, takde bakat nak jadi designer. Harap-harap anda yang membaca dapat memahami dan merasai situasi-situasi yang aku cuba ketengahkan. Boleh singgah ke wattpad ceq yaa, kalau-kalau teringin nak baca. https://www.wattpad.com/story/125259502-dia-yang-dulu

Secawan Kopi 3 in 1.

Dulu kecik-kecik ada buku conteng, dah beso ni upgrade sikit, bagi ada blog conteng pulak... Hanya tempat untuk menconteng-conteng idea dalam bentuk ayat atau cerita yang entah ke hapa-hapa... Jemput tengok-tengok yaa...